Permasalahan Taklik

Pernikahan & Keluarga, 15 Agustus 2017

Pertanyaan:

Asslamualaikum ustaz..
Saya ada satu persoalan yang mengganggu saya. Masalah saya ialah saya seringkali didorong untuk berniat dan melafazkan taklik di dalam hati. Kadang-kadang saya bertaklik dalam hati terhadap perkara-perkara yang remeh temeh. Namun taklik yang saya katakan dalam hati tersebut diterjemahkan atau diwakilkan atau disandarkan pula kepada lafaz-lafaz atau kata-kata yang tiada kene mengena langsung dengan perceraian.Contohnya lafaz seperti "Aku nak makan nasi" .. "Wanginya bau sabun ni.." malah..ketika mengaji al-Quran saya sandarkan taklik dalam hati kepada mana-mana ayat suci al-Quran.

Contohnya, ketika saya sedang mengaji surah Al-Fatihah pada suatu malam..ketika sampai ayat "........waladhaaaaallin..." dalam sekelip mata saya telah berniat dan bertaklik dengan sengaja dalam hati..."Kalau aku meneruskan lagi membaca al-Quran selepas  surah  Al-Fatihah ini, maka jatuh  talak terhadap isteriku..." Dan dalam masa yang sama juga, saya berniat untuk menyandarkan atau mewakilkan taklik dalam hati tadi kepada ayat ".....waladhaaaaallin..." tersebut. (**perkara ini seringkali terjadi..seperti saya tidak dapat mengawal minda dan hati saya ustaz)

Kemudian, saya menjadi takut dan tidak berani lagi menyambung membaca al-Quran selepas baca surah Al-Fatihah tersebut kerana taklik dalam hati tadi yang diwakilkan dengan lafaz ayat "........waladhaaaaallin...".

Soalan saya ustaz, sah atau tidak taklik seperti ini ustaz? Adakah lafaz sepotong ayat daripada surah Al-Fatihah iaitu "........waladhaaaaallin..." boleh atau sah dikira sebagai lafaz ustaz, walaupun taklik sebenar dibuat dalam hati? Ayat  "........waladhaaaaallin..." cuma sebagai lafaz atau kata ganti atau sebagai wakil kepada taklik yang dibuat dalam hati ustaz. Adakah jatuh talak andaikata saya meneruskan bacaan surah lain selepas surah Al-Fatihah tersebut ustaz?

Tolong saya ustaz...saya runsing memikirkan hal ini. Saya betul-betul mohon pertolongan ustaz untuk merungkai permasalahan saya ni...saya betul-betul tertekan ustaz.


-- Insan Kerdil (Malaysia)

Jawaban:

وعليكم السلام ورحكة الله وبركاته

Saudara Insan Kerdil (di hadapan ALLAH saja)

Anda sedang diuji ALLAH SWT dengan penakit was-was. Saya yakin anda bisa mengatasinya.

 Dengan Cara;

 1. Jangan Peduli
   

 In sya ALLAH ada obat yang paling mujarab untuk penyakit ini, iaitu tidak mempedulikan secara keseluruhan. Meskipun dalam dirinya muncul keraguan yang hebat. Karena jika dia tidak perhatikan keraguan ini, maka keraguannya tidak akan menetap dan akan pergi dengan sendiri dalam waktu yang tidak lama. Sebagaimana cara ini pernah dilakukan oleh mereka yang mendapat taufiq untuk lepas dari was-was. Sebaliknya, orang yang memperhatikan keraguan yang muncul dan menuruti bisikan keraguannya, maka dorongan was-was itu akan terus bertambah, sampai menyebabkan dirinya seperti orang gila atau lebih parah dari orang gila. Sebagaimana yang pernah kami lihat pada banyak orang yang mengalami cubaan keraguan ini, sementara dia memperhatikan bisikan was-wasnya dan ajakan syaitannya 

 

Bayangkan saya pernah melihat seorang yang terkena penyakit was-was, dia terpaksa membazirkan waktunya berjam- jam setiap hari, untuk mengelap lantai rumahnya kerana dirasakan bernajis, walaupun secara zahirnya dia tidak nampak pun najis.

2. Mengambil Sikap Yang Berlawanan Tentang Apa Yang Diragukan
Maksudnya di sini ialah mengambil sikap yang berlawanan tentang apa yang diragukan.  Seperti anda sekarang ada bisikan talak, jawablah TETAP MESRA atau SEMAKIN BAHAGIA dll

 

3. Terus Berlatih Dengan Sabar
Untuk menghilangkan penyakit was-was ini, tidak dinafikan bukannya mudah. Tetapi ianya tidak mustahil. Dengan syarat anda perlu terus melatih hati anda untuk tidak melayan perasaan tersebut dan tetap bersabar. Sampailah gangguan tersebut benar-benar telah hilang dari hati anda.

Salah satu motivasi yang boleh anda tanamkan dalam hati ialah semua perasaan was-was yang muncul dalam diri anda sebenarnya adalah salah satu dari bentuk godaan syaitan. Dan usaha yang sedang anda lakukan untuk menghilangkan was-was itu juga adalah sebenarnya usaha anda melawan godaan dan hasutan syaitan.

 

Jadi anda yang sedang mengidap penyakit was-was ini sedarlah bahawa anda sedang berjihad. Jika perjuangan melawan godaan syaitan ini disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan mengikuti sunnah Nabi SAW, inshaaAllah anda akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

4. Banyakkan Mohon Perlindungan Kepada Allah Dari Godaan Syaitan
Oleh kerana perasaan was-was ini berpunca dari gangguan syaitan, maka tidak dapat tidak anda kena banyak memohon perlindungan kepada Allah. Dari sahabat Usman bin Abul Ash, bahawa beliau mendatangi Nabi SAW dan mengadukan kepada Baginda, “Wahai Rasulullah. Sesungguhnya syaitan telah menghalangi aku dengan solatku (tidak khusyuk), sampai aku menjadi keliru dengan bacaan solatku.

Kemudian Nabi SAW telah bersabda:

“Itulah syaitan, namanya Khanzab. Jika engkau berasa sedang digoda syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya. Dan meludahlah ke aras kiri sebanyak 3 kali”. (Hadis Riwayat Muslim 2203). Usman mengatakan, “Aku pun melakukan apa yang disarankan oleh Nabi, dan Allah menghilangkan gangguan itu dariku”

Salah satu usaha untuk melindungi diri dari gangguan syaitan ialah dengan melazimkan diri membaca zikir pagi dan petang. Kerana salah satu keutamaan dari amalan berzikir ialah untuk perlindungan dari segala bentuk gangguan syaitan.

5. Belajar Cara Beribadah Dengan Ilmu Yang Benar
Kebanyakan dari mereka yang terkena penyakit was-was ini adalah mereka yang tidak memiliki ilmu yang betul tentang cara melakukan ibadah yang benar.

Semua ibadah yang dilakukannya mengikut apa yang dirasakan betul, ataupun sebab mengikut orang.

Berbeda dengan orang yang mempunyai ilmu yang benar tentang sesuatu ibadah. Dia melakukan ibadah berdasarkan ilmu yang diyakini benar. Sekiranya datang juga perasaan was-was tersebut, dia akan mempu menentang perasaan tersebut dengan ilmu yang diyakini benar tersebut.

Kesimpulannya, disamping semua usaha yang dilakukan di atas, jangan lupa banyak berdoa kepada Allah, memohon dengan bahasa yang anda fahami, agar Allah membebaskan anda dari penyakit was-was ini. Semoga Allah memudahkan  seluruh masalah anda...menjadi barokah

WaLLAHU a'lam



-- Selamet Junaidi