Kemusykilan & Pertanyaan Tentang Talak

Fiqih Muamalah, 1 Februari 2018

Pertanyaan:

Assalamualaikum Ustaz..

Saya ada satu kemusykilan mengenai talak. Keadaannya begini ustaz, si suami seorang yang normal TIDAK BISU iaitu boleh berkata-kata seperti manusia normal. Adakah jatuh talak jika si suami ini jika melakukan perbuatan seperti stuasi-situasi di bawah ini;

Situasi 1

Si suami menggerak-gerakkan lidah ke kanan dan ke kiri dan menggeselkan lidah pada gigi dan lelangit mulut dalam keadaan mulut tertutup rapat dengan niat  menjatuhkan talak kepada isterinya. Tiada lafaz yang keluar cuma si suami melakukan perbuatan tersebut dengan niat menjatuhkan talak kepada isterinya.

Situasi 2

Situasi hampir sama.. Si suami menggerak-gerakkan lidah ke kanan dan ke kiri dan menggeselkan kan lidah pada gigi dan lelangit mulut dalam keadaan mulut tertutup rapat dengan niat  menjatuhkan talak kepada isterinya. TIADA LAFAZ YANG KELUAR, cuma terdapat bunyi semulajadi yang tidak dapat dikawal iaitu kocakan air liur dalam mulut. Bunyi kocakan air liur tersebut boleh didengari dengan jelas oleh telinga suami.

Soalan saya ustaz, adakah jatuh talak terhadap isteri dari segi hukum syarak untuk situasi 1? Adakah talak boleh jatuh dengan perbuatan gerakan lidah tersebut ustaz? Adakah ia boleh diklasifikasikan sebagai kinayah dalam menjatuhkan talak kepada isteri kerana suami berniat  menjatuhkan talak kepada isterinya ustaz? Untuk situasi 2, adakah bunyi kocakan air liur yang terjadi secara semulajadi dan tidak dapat dikawal hasil perbuatan gerakan lidah tersebut boleh dikatakan sebagai lafaz kinayah jika si suami berniat  menjatuhkan talak kepada isterinya ustaz?

Tolong saya ustaz menyelesaikan masalah ini, kerana saya pernah terbaca satu tulisan di internet, si penulis mengatakan talak boleh jatuh hanya dengan gerakan lidah jika berniat menjatuhkan talak kepada isteri. Saya kurang pasti apa maksud si penulis sebenarnya kerana tidak dihuraikan secara jelas. Diharap ustaz dapat membantu menjawab permasalahan saya ini.



-- Hamba Allah (Malaysia)

Jawaban:

Wa'alaikumussalaam wrwb.

Dalam kedua kondisi tersebut, yaitu saat suami memberikan isyarat dengan gerakan gerakan lidahnya dan hal tersebut difahami oleh istrinya, maka apabila suami dengan gerakan-gerakan lidahnya tersebut berniat untuk mentalak istrinya, maka jatuhlah hukum talak, karena talak dengan isyarat itu, bila disertai niat talak, akan jatuh hukum talak

Demikian, semoga Allah senantiasa berkenan untuk memberikan petunjuk kepada kita semua ke-jalan yang diridhoi-Nya

Wallahu a'lam bishshawaab

Wassalaamu 'alakikum wrwb.



-- Agung Cahyadi, MA