Kemuskilan, Permasalahan & Pertanyaan Tentang Talak..

Pernikahan & Keluarga, 1 Februari 2018

Pertanyaan:

Assalamualaikum Ustaz..

Saya ada satu kemusykilan mengenai talak. Keadaannya begini ustaz, si suami seorang yang normal TIDAK BISU iaitu boleh berkata-kata seperti manusia normal. Adakah jatuh talak jika si suami ini melakukan perbuatan seperti stuasi-situasi di bawah ini;

Situasi 1

Si suami menggerak-gerakkan lidah ke kanan dan ke kiri dan menggeselkan kan lidah pada gigi dan lelangit mulut dalam keadaan mulut tertutup rapat dengan niat menjatuhkan talak kepada isterinya. Tiada lafaz yang keluar cuma si suami melakukan perbuatan tersebut dengan niat menjatuhkan talak kepada isterinya.

Situasi 2

Situasi hampir sama.. Si suami menggerak-gerakkan lidah ke kanan dan ke kiri dan menggeselkan kan lidah pada gigi dan lelangit mulut dalam keadaan mulut tertutup rapat dengan niat  menjatuhkan talak kepada isterinya. TIADA LAFAZ YANG KELUAR, cuma terdapat bunyi semulajadi yang tidak dapat dikawal iaitu kocakan air liur dalam mulut. Bunyi kocakan air liur tersebut boleh didengari dengan jelas oleh telinga suami.

Soalan saya ustaz, adakah jatuh talak terhadap isteri dari segi hukum syarak untuk situasi 1? Adakah talak boleh jatuh dengan perbuatan gerakan lidah tersebut ustaz? Adakah ia boleh diklasifikasikan sebagai kinayah dalam menjatuhkan talak kepada isteri kerana suami berniat  menjatuhkan talak kepada isterinya ustaz? Untuk situasi 2, adakah bunyi kocakan air liur yang terjadi secara semulajadi dan tidak dapat dikawal hasil perbuatan gerakan lidah tersebut boleh dikatakan sebagai lafaz kinayah jika si suami berniat  menjatuhkan talak kepada isterinya ustaz?

Tolong saya ustaz menyelesaikan masalah ini, kerana saya pernah terbaca satu tulisan di internet, si penulis mengatakan talak boleh jatuh hanya dengan gerakan lidah jika berniat menjatuhkan talak kepada isteri. Saya kurang pasti apa maksud si penulis sebenarnya kerana tidak dihuraikan secara jelas. Diharap ustaz dapat membantu menjawab permasalahan saya ini.



-- Hamba Allah (Malaysia)

Jawaban:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Semoga keluarga anda di Malasyia senantiasa sakinah dalam segala situasi.

1). Maaf ya, kita manusia tidak akan akan pernah tahu apa yang di hati, sebaiknya anda jangan disibukkan dengan persoalan hati apalagi menduga-duga hal buruk. Ditambah lagi  suami anda bisa bicara maka kalau sekedar dugaan anda, tidak jatuh talak. Sebagaimana orang yang berniat untuk shalat saja tapi belum melakukan shalat , ya jatuhnya belum shalat .

Soal ke dua sama saja, belum jatuh talak. 

Nah sekarang anda berusaha melaksanakan tugas istri dengan penuh kelembutan dan ikhlas. Dan yang paling penting jangan mengikuti buruk sangka atas isyarat-isyarat dari suami anda. Dan perbanyak ta'awudz , membaca ayat Qursyi, al Falaq , an Nas dan tekunlah membaca AlQur'an agar hati anda semakin bersih ,tenang dan tidak diuasai buruk sangka. Yakinlah hidup anda sekeluarga akan selalu bahagia ketika mengikuti petunjuk ALLAH SWT;

فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى

Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. ( QS. Taaha; 123 )

WaLLAHU a'lam

 



-- Selamet Junaidi