Taklik Jatuh Atau Tidak

Pernikahan & Keluarga, 29 November 2018

Pertanyaan:

Ustaz, maaf saya nak tanya tentang taklik. Suami saya lafazkan taklik talak 3 sekira dia pukul saya tanpa sengaja atau tak sengaja dan kalau dia ada orang ketiga dalam perkahwinan kami.

Saya nak tanya, suami saya ada berhubung dengan seorang perempuan ni selama 3 tahun tanpa pengetahuan saya. Tapi bulan 7 baru ni, saya dapat tahu tentang hal ni. Dan dia nafikan mereka bercinta. Katanya hanya kawan biasa sahaja. Dia tolak saya semasa nak rebut hp ditangan saya (hp tu ade bukti berbualan dan gambar2 mereka kongsi bersama) sehingga tangan saya luka. 

Saya nak tahu status saya sekarang. Adakah talak itu jatuh?

 

Terima kasih ustaz



-- Mawar (Kuala Lumpur)

Jawaban:

Assalaamu 'alaikum wrwb.

Ta'liq talaq itu bisa jatuhkan hukum talaq, Dan apabila digantungkan pada sebuah peristiwa yang kemungkinan akan terjadi dimasa akan datang, maka talaqnya jatuh apabila peristiwanya benar-benar terjadi

Tetapi kalau - sebagaimana yang anda sebutkan- ta'liqnya talaq tiga, maka akan jatuh talaq satu saja dan seuami berdosa karena menjatuhkan talaq tiga sekaligus dalam satu waktu

Demikian, semoga Allah berkenan untuk memberikan kemudahan, taufiq dan ridho-Nya dan semoga berkenan untuk memaafkan khilaf kita semua

Wallahu alam bishshawaab

Wassalaamu 'alaikum wrwb.



-- Agung Cahyadi, MA