Lafaz Seorang Diri

Fiqih Muamalah, 6 Maret 2026

Pertanyaan:

Assalamualaikum Ustaz, maaf bertanya, bagaimana hukum lafaz tal_k seorang diri tanpa kehadiran isteri tetapi masih ragu sama ada lafaznya lengkap atau tergantung? Saya masih hairan adakah ayatnya :

1."Aku cer_i tal_k 1/ Aku cer_i tal_k 3" - tidak sebut isteri atau disandarkan kepada isteri

2.atau hanya menyebut "Cer_i tal_k 1/ Cer_i talak 3" sahaja tanpa menyebut Aku dan Isteri.

3. "Aku cer_i engkau/isteri/nama isteri tal_k 1/Aku cer_i engkau/isteri/nama isteri tal_k 3". 

Perkara ini sudah lama saya fikir sejak September 2024. Sampai sekarang saya bingung apa ayat yang betul terlafaz waktu itu. Apabila cuba fikir balik, kadang-kadang fikir betul atau tidak lafaznya keluar suara atau hanya dalam hati? Paling membimbangkan ialah takut terlafaz tal_k 3. Saya bimbang apa sebenarnya terlafaz atau tidak lafaz.



-- Mohammad (Selangor)

Jawaban:

Waalaikumussalam warahmataullahi wa barakaatuh.
 
Kami memahami kegelisahan yang Saudara alami sejak September 2024.
Perkara utama yang perlu ditekankan adalah: Keraguan tidak boleh membatalkan keyakinan. Berikut adalah penjelasan hukum berdasarkan kaidah fiqh, khususnya dalam Mazhab Syafi'i:
 
1). Talak tidak jatuh jika hanya sekadar lintasan hati, berniat di dalam hati, atau memikirkan perkataan cerai tanpa melafazkannya.
  • Talak hanya sah jika diucapkan oleh lisan (mengeluarkan suara) sehingga terdengar oleh diri sendiri.
  • Jika Saudara ragu apakah lafaz itu keluar suara atau hanya dalam hati, maka talak tidak jatuh.
2). Jika Saudara ragu sama ada telah mengucapkan lafaz talak (cerai) atau tidak, maka hukum asalnya adalah belum terjadi perceraian.
  • Pernikahan yang yakin terjadi tidak boleh dibatalkan oleh keraguan.
  • Situasi ini dikategorikan sebagai was-was (penyakit ragu-ragu), yang mana menurut pandangan ulamak, jika seseorang was-was, talaknya tidak jatuh meskipun ia merasa ada melafazkan.
3. Analisis Lafaz yang Anda Sebutkan
  • Contoh 1 & 2 ("Aku cerai talak/Cerai saja"): Jika lafaz ini diucapkan sendirian, tanpa niat ditujukan kepada isteri, dan tidak disandarkan (tidak menyebut nama isteri), maka menurut sebagian pandangan, talak tidak jatuh.
  • Contoh 3 ("Aku cerai engkau/isteri..."): Lafaz ini adalah sharih (jelas). Jika diucapkan dengan sadar, talak jatuh. Namun, kembali kepada poin (1) dan (2), jika Saudara ragu apakah lafaz ini yang terucap atau hanya sekadar terbayang dalam hati, maka talak tidak jatuh.
  • Takut Lafaz Talak 3: Jika ragu antara talak 1 atau 3, kaedah fiqh mengambil angka yang lebih sedikit (talak 1). Namun, jika ragu sama ada pernah talak 3 atau tidak, maka tidak jatuh talak 3.
Kesimpulan :
  1. Keraguan Saudara sejak September 2024 tidak cukup untuk membatalkan akad nikah. Saudara masih suami isteri yang sah.
  2. Jangan melayani bisikan atau lintasan fikiran yang mengaitkan dengan cerai. Istighfar dan mohon perlindungan Allah (ta'awwudz) jika fikiran itu datang.
  3. Jika masih terlalu bimbang, Saudara boleh melafazkan rujuk atau memperbaharui akad nikah (akad nikah semula) untuk menenangkan hati, walaupun menurut hukum asal, itu tidak diperlukan kerana talak tidak jatuh.



-- Agung Cahyadi, MA