Masih Ketakutan

Pernikahan & Keluarga, 18 Juni 2026

Pertanyaan:

Assalamualaikum, setiap hari saya bangun, saya kerap replay sekitar September 2024, saya berseorangan di rumah dan cuba memahami hukum tal_k 1 dan tal_k 3, yang mana satu boleh rujuk dan mana satu tidak boleh rujuk. Ketika sedang berfikir, saya seolah-olah terlafaz cuma selepas hari itu, saya susah nak pastikan adakah ayatnya lengkap atau tidak, adakah bersuara atau tidak, adakah sebut tal_k 1 atau tal_k 3? Saya sering teringat hari tersebut cuma ayatnya susah saya nak pastikan sama ada ditujukan kepada isteri atau tidak, adakah bersuara di mulut atau hanya gerakan mulut tanpa suara, adakah sebut talak 1 atau talak 3? Tahun lepas juga sudah buat pengesahan tetapi saya tidak dapat tulis ayatnya kerana hairan apa ayatnya adakah ayat soreh tetapi adakah ditujukan kepada isteri atau tidak sebagai contoh adakah sebut kau atau isteriku atau nama isteri atau tidak sebut siapa langsung? Adakah bersuara atau tidak bersuara? Adakah sebut tal_k 1 atau tal_k 3? Jadi, dalam borang pengesahan tersebut, saya hanya tulis "Was-was/Ragu-ragu", ketika perbicaraan hakim tidak dapat mengesahkan kerana tiada ayat yang boleh disahkan. Untuk meneruskan perbicaraan, saya beritahu hakim apa ayat yang mungkin terkeluar iaitu ayat soreh sebagai contoh "Saya cer__ aw_k". Hakim juga tanya tahap keyakinan saya dan jawapan saya ketika itu 50-50, kadang-kadang rasa keluar suara, kadang-kadang rasa tidak keluar suara, tidak pasti mana satu. Maka, hakim memutuskan bahawa tiada talak berlaku. Cuma, yang membimbangkan saya, saya tidak beritahu hakim yang saya hairan sama ada sebut talak 1 atau talak 3 dan saya rasa amat bimbang. Jadi, saya masih cuba korek ingatan saya adakah lafaznya keluar suara atau tidak? Adakah ayatnya ditujukan kepada isteri atau tidak seperti "Cer_i tal_k 1" atau "Cer_i tal_k 3" atau "Aku cer_i tal_k 1" atau "Aku cer_i tal_k 3" atau "Aku cer_i kau/isteriku/nama isteri tal_k 1" atau "Aku cer_i kau/isteriku/nama isteri tal_k 3"? Mana satu? Apa patut saya buat? Adakah saya patut buat pengesahan sekali lagi? Antara perkara yang menganggu fikiran saya setiap hari :

1. Adakah lafaznya bersuara atau tidak bersuara?
2. Adakah ditujukan kepada isteri atau tidak?
3. Jika terlafaz, adakah sebut tal_k 1 atau tal_k 3?

Minta maaf tuan kerana kerap bertanya di sini. Saya rasa cemas setiap hari.



-- Mohammad (Malaysia)

Jawaban:

Wa‘alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Menanggapi pertanyaan yang Anda sampaikan, dapat kami simpulkan bahwa persoalan yang Anda hadapi sangat bergantung pada keyakinan dan ketegasan Anda sendiri dalam menilai ucapan maupun perbuatan yang telah dilakukan.

Apabila Anda memiliki keyakinan yang jelas tentang apa yang telah Anda ucapkan atau lakukan, maka akan lebih mudah untuk menentukan hukum yang berkaitan dengannya. Sebaliknya, jika Anda sendiri masih ragu-ragu, bimbang, dan diliputi waswas mengenai apa yang telah terjadi, maka orang lain pun akan kesulitan memberikan ketetapan hukum yang pasti. Oleh karena itu, yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah memastikan dan meyakini apa yang sebenarnya telah Anda ucapkan atau lakukan. Setelah itu, barulah hukum dapat ditetapkan dengan lebih jelas.

Dalam Islam, ketika seseorang dihadapkan pada keraguan, maka ia diperintahkan untuk berpegang pada sesuatu yang diyakini dan meninggalkan sesuatu yang meragukan. Rasulullah ﷺ bersabda:

عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَيْحَانَتِهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ.

Dari Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, cucu Rasulullah ﷺ, beliau berkata: Aku menghafal dari Rasulullah ﷺ sabda beliau: “Tinggalkanlah sesuatu yang meragukanmu dan beralihlah kepada sesuatu yang tidak meragukanmu.
(HR. Tirmidzi no. 2518 dan An-Nasa’i no. 5714. Imam Tirmidzi menyatakan hadis ini hasan shahih.)

Karena itu, kami menyarankan agar Anda tidak terlalu larut memikirkan hal-hal yang tidak jelas dan hanya menambah waswas. Cobalah kembali kepada sesuatu yang benar-benar Anda yakini.

Jika misalnya Anda ditanya, “Apakah Anda benar-benar ingin menceraikan istri Anda?” besar kemungkinan Anda akan menjawab bahwa Anda tidak menginginkannya. Sebab pada dasarnya tidak ada seorang suami yang menghendaki perceraian kecuali karena alasan-alasan yang sangat kuat. Keyakinan inilah yang seharusnya Anda pegang.

Oleh karena itu, berpeganglah pada sesuatu yang jelas dan pasti. Jika Anda yakin bahwa Anda tidak memiliki keinginan untuk menceraikan istri Anda, maka peganglah keyakinan tersebut. Adapun berbagai keraguan dan waswas yang terus menghantui pikiran, hendaknya tidak diikuti dan tidak terus dipikirkan.

Alihkan perhatian Anda kepada hal-hal yang lebih bermanfaat, seperti memperbaiki komunikasi, memperkuat hubungan suami istri, serta membangun keluarga yang lebih harmonis dan penuh ketenangan. Dengan demikian, hati akan menjadi lebih tenang dan tidak mudah dikuasai oleh keraguan yang berkepanjangan.

Demikian yang dapat kami sampaikan. Semoga bermanfaat. Wallahu a‘lam bish-shawab. (as)



-- Amin Syukroni, Lc