Memikir Terlalu Dalam?

Lain-lain, 18 Juli 2026

Pertanyaan:

Assalamualaikum, saya ingin tahu, apa hukumnya jika ayat lafaz tal_k tidak sebut isteri atau kata ganti namanya seperti nama isteri/engkau/kau/istriku?saya pernah terbaca jika lafaz tidak ada sebut isteri sebagai contoh "Cer_i tal_k 1" atau "Cer_i tal_k 3" sahaja tanpa "Aku" dan "Kau/Istriku/Nama Istri" dikira tidak sah. Contoh lain pula seperti "Aku cer_i tal_k 1" atau "Aku cer_i tal_k 3" juga tidak sah kerana tidak sebut siapa. Adakah ini benar? Saya sering tertanya adakah jika saya terlafaz, adakah saya sebut objek iaitu isteri atau tidak? Saya jadi keliru dan susah nak pastikan sama ada sebut isteri atau tidak.

Saya juga sering cuba ingat balik adakah saya hanya memikirkan ayat lafaz tal_k ketika berseorangan atau saya terlafaz ketika memikirkan ayat lafaz tal_k dahulu? Semakin saya cuba ingat balik, semakin saya keliru sama ada waktu dulu saya terlafaz dengan suara atau tidak? Saya rasa saya sudah lupa apa yang sebenarnya terjadi. Ada masa saya rasa terlafaz tetapi masih hairan adakah ayatnya lengkap atau tidak? Ada masa saya rasa tidak terlafaz hanya gerakan mulut tanpa bersuara. Disebabkan sering cuba ingat, saya jadi lebih keliru. Saya juga tertanya jika terlafaz, adakah saya sebut tal_k 1 atau tal_k 3? Saya buntu dan ketakutan setiap hari. Minta maaf ya Ustaz. Assalamualaikum 



-- Anonymous (Selangor)

Jawaban:

Wa alaikum salam warahamtullahi wabarakatuhu.

Ada bebarapa hal yang harus kami konfrrmasi untuk memastikan kebenaran pemahaman kami tentang apa yang anda sampaikan. Agar lebih jelas,anda bisa konsultasi online via WA 018703357795. (as)



-- Amin Syukroni, Lc