Pertanyaan:
Assalamualaikum, saya rasa saya terlafaz talak seorang diri di rumah sekitar 2 tahun lalu. Waktu itu saya saja di rumah, isteri tiada di rumah. Cuma sekarang saya hairan, adakah lafaz tersebut bersuara atau tidak bersuara? Saya juga hairan adakah ayatnya ada sebut nama isteri atau guna kata ganti nama isteri. Akhir sekali, yang membimbangkan saya adakah saya sebut talak 1 atau talak 3? Dulu saya berpengetahuan bahawa lafaz tanpa kehadiran isteri dikira tidak sah. Sekarang, saya bimbang adakah dulu saya terlafaz atau terfikir sahaja ketika berada di rumah berseorangan? Ayatnya juga saya tertanya adakah ayat yang jelas atau tidak? Sebut nama isteri atau tidak? Bersuara atau tidak bersuara hanya fikiran dalam kepala? Adakah ini keraguan? Adakah ini was-was? Adakah saya berbohong?
--
Mohd (Subang)
Jawaban:
Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakaatuh.
Keraguan yang anda alami ini dikaregorikan sebagai waswas yang bertlebihan dan tidak mengubah sahnya pernikahan anda. Dalam hukum Islam, ikatan perkahwinan adalah satu perkara yang yakin (pasti), manakala ingatan yang kabur tentang peristiwa dua tahun lalu adalah satu keraguan. Kaedah fiqh menetapkan bahwa "Keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan" (Al-Yaqin la Yuzalu bi Al-Syakk).
Berikut adalah penjelasan ringkas mengapa anda tidak jatuh talak:
- Jika lafaz itu hanya berlaku di dalam hati atau fikiran tanpa suara (tidak menggerakkan lidah dan bibir sehingga didengari diri sendiri), talak tidak sah dan tidak jatuh.
- Anda keliru sama ada ayat tersebut jelas (sarih), menggunakan nama isteri, kata ganti nama, atau langsung tidak pasti. Apabila timbul keraguan yang sangat besar tentang struktur ayat dan bilangan talak (talak 1 atau 3), hukum asal perkahwinan tetap sah.
- Pertanyaan bertubi-tubi dalam diri anda ("Adakah saya terlafaz atau terfikir?", "Adakah saya berbohong?") adalah tanda jelas penyakit was-was. Dalam Islam, orang yang dikuasai was-was yang melampau (muwaswis) penulisan atau lafaz talaknya tidak dikira kerana hilangnya kawalan fikiran yang waras pada waktu itu.
Nota tambahan: Anda menyebut tentang fahaman lama bahawa lafaz tanpa kehadiran isteri adalah tidak sah. Dari segi hukum syarak, talak sebenarnya bisa jatuh walaupun tanpa kehadiran isteri, ASALKAN lafaz itu jelas, disengajakan, bersuara, dan diyakini sebutannya. Namun dalam kes anda, anda sendiri tidak pasti sama ada anda bercakap atau sekadar berfikir.
Demikian, semoga Allah berkenan untuk memberikan kemudahan, taufgiq dn ridho-Nya. Wallahu a'lam bishshawaab
Wassalaamu 'alaikum wrwb.
--
Agung Cahyadi, MA