/**/

Saya Takut

Fiqih Muamalah, 17 September 2026

Pertanyaan:

Assalamualaikum, saya takut sama ada saya terlafaz talak bersuara atau tidak bersuara ketika berseorangan diri? Selain itu, saya juga takut jika terlafaz adakah sebut talak 1 atau talak 3? Akhir sekali, saya takut adakah lafaznya ditujukan kepada isteri atau tidak? Macam mana saya nak pastikan semula apa sebenarnya terjadi dulu? Saya sudah fikir beribu kali, kadang-kadang rasa seperti terlafaz di mulut dengan suara jelas, kadang-kadang rasa seperti pergerakan mulut dengan tiada suara, kadang-kadang rasa seperti dalam hati. Adakah saya sudah lupa? Ayatnya juga saya sering tertanya, jika terlafaz adakah saya sebut isteri atau tidak? Adakah sebut talak 1 atau 3? Minta maaf...



-- Iskandar (Subang)

Jawaban:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakaatuh.
 
Situasi yang anda alami ini sebenarnya sangat berkait dengan masalah waswas (ragu-ragu yang melampau) berkaitan dengan hukum agara, yang seringa membuat seseorang terperangkap dalam fikirang yang terus menerus.
 
Dalam hukum islam, ikatan pernikahan tidak batal atau jatuh talak hanya disebabkan oleh keraguan, prasangka, atau bisikan hati.
 
Berikut adalah penjelasannya :
 
1). Perbedaan Lafaz Bersuara, Pergerakan Mulut, dan Dalam Hati
  • Jika perkara itu hanya berlaku atau terlintas di dalam hati, talak mutlak tidak jatuh. Nabi shallallahu a'laihi wa sallam bersabda bahawa Allah mengampuni ummatnya dari apa-apa yang dibisikkan dalam hati selagi ia tidak dizahirkan atau dilakukan.
  • Jika bibir bergerak tetapi tidak mengeluarkan suara yang bisa didengar oleh telinga sendiri (dalam keadaan sunyi), ia juga tidak dianggap sebagai lafaz talak yang sah menurut mazhab Syafi'i.
  • Talak hanya sah jika dilafazkan dengan suara yang sekurang-kurangnya didengari oleh diri sendiri.
2. Kaedah Fikah: "Keyakinan Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan"
Dalam Islam, ada satu kaedah fikah yang sangat penting: "Al-Yaqinu La Yuzalu Bis-Syak" (Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan).
  • Anda dan isteri yakin masih dalam ikatan perkahwinan yang sah.
  • Anda ragu-ragu pernah terlafaz talak atau tidak, sebut talak 1 atau 3, atau sama ada ditujukan kepada isteri atau tidak.
Oleh kerana status asal (pernikahan) adalah yakin, manakala talak itu adalah ragu-ragu, maka hukumnya kekal sebagai tidak jatuh talak. Segala persoalan "adakah sebut talak 1 atau 3" atau "adakah sebut nama isteri" secara automatik terbatal karena asas kewujudan lafaz itu sendiri diragukan.
 
Demikian, semoga Allah berkenan untuk memberikan kemudahan, taufiq dan ridho-Nya. Wallahu a'lam bishshawaab.
 
Wassalaamu 'alaikum wrwb.


-- Agung Cahyadi, MA